Singapura hari ini melaporkan 169 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 11 kes dalam komuniti, menjadikan jumlahnya di republik itu sebanyak 44,479 kes.
Menurut data ringkas tengah hari yang disiarkan Kementerian Kesihatan (MOH), kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lapan lagi pemegang pas pekerja.
Sebagai tambahan, terdapat tiga kes import yang ditempatkan di bawah Notis Duduk-Rumah setibanya di Singapura manakala kes baharu selebihnya membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut kementerian itu.
Menurut data lengkap yang disiarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,900 daripada kes dikaitkan dengan komuniti, 587 sebagai kes import dan 41,823 melibatkan pekerja asing di asrama.
Setakat tengah hari semalam, 39,429 atau kira-kira 89 peratus daripada jumlah 44,310 pesakit didapati telah sembuh dan dibenar pulang dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Terdapat 201 kes disahkan masih berada di hospital semalam, dengan satu dirawat di unit rawatan rapi, menurut kementerian berkenaan.
Kenyataan itu menambah bahawa 4,654 pesakit yang mempunyai gejala sederhana atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 26 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Dua kluster baharu dikenal pasti semalam, membabitkan asrama di 7 Gambas Crescent dan 17 Tuas View Close.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Singapura hari ini melaporkan 169 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 11 kes dalam komuniti. - Gambar fail/REUTERS
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.