Singapura yang baharu selesai mengadakan pilihan raya umum semalam, melaporkan 170 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan 24 daripadanya ialah kes dalam komuniti.
Dengan perkembangan terkini itu, jumlah kumulatif jangkitan wabak itu mencecah 45,783 kes di republik itu yang memasuki fasa kedua pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial.
Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, daripada 24 kes itu, tujuh adalah warga tempatan atau pemastautin tetap dan 17 pemegang pas kerja.
MOH berkata terdapat satu kes import yang diberikan Notis Duduk Dirumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.
Kementerian itu berkata majoriti kes hari ini masih lagi dalam kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 609 sebagai kes import, 2,027 adalah kes komuniti dan 42,977 kes melibatkan penghuni asrama.
Setakat 12 tengah hari semalam, 41,780 atau kira-kira 92 peratus daripada pesakit, pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Sebanyak 203 kes disahkan masih berada di hospital semalam, dengan seorang dirawat di unit rawatan rapi
Kenyataan itu berkata 3,604 pesakit yang bergejala atau sihat secara klinikal tetapi masih positif dalam ujian COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 26 orang mati akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Singapura yang baharu selesai mengadakan pilihan raya umum semalam, melaporkan 170 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.