Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: 3 negara terjejas teruk bakal akhiri lockdown, apa yang Malaysia boleh belajar?

COVID-19: 3 negara terjejas teruk bakal akhiri lockdown, apa yang Malaysia boleh belajar?
Reaksi petugas kesihatan selepas pesakit COVID-19 terakhir keluar dari hospital sementara yang ditubuhkan di kawasan pameran IFEMA, sebelum ia ditutup, di Madrid, Sepanyol, 1 Mei, 2020. REUTERS
KETIKA kerajaan Malaysia sudah mengumumkan bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal bermula pada minggu hadapan, beberapa negara Eropah yang mencatatkan puluhan ribu kematian juga bakal memulakan semula operasi negaranya dengan mengakhiri perintah 'lockdown'.

Berikut tiga negara tersebut.

Sepanyol

Pengecualian juga diberikan jika penduduknya ingin mengiringi anjing peliharaan untuk bersiar-siar.
Faktanya, negara Mediterranean ini adalah antara negara yang paling ketat melaksanakan peraturan lockdown sejak ia mula dikuatkuasakan pada 14 Mac lalu.

Sepanjang tempoh lockdown, warga Sepanyol ditegah untuk meninggalkan kediaman masing-masing kecuali untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Pengecualian juga diberikan jika penduduknya ingin mengiringi anjing peliharaan untuk bersiar-siar.

Begitupun, semua kanak-kanak bawah usia 14 tahun ditegah untuk keluar rumah, sama ada dengan membawa anjing atau tidak. Arahan ini bagaimanapun sudah dilonggarkan sejak 26 April lalu di mana pihak berkuasa membenarkan golongan muda ini untuk keluar rumah selama sejam sehari.

Bermula minggu hadapan, semua golongan dewasa dibenarkan untuk bersiar-siar di kawasan rumah.

Sementara kelonggaran lain akan diperkenalkan bermula minggu kedua bulan hadapan, jika kadar jangkitan berkurangan dan tiada risiko peningkatan mendadak jangkitan.

Sementara sekolah pula dijangka terus ditutup sehingga September.

Itali


Itali menjadi 'epicentre' kepada jangkitan COVID-19 di Eropah juga menunjukkan keterujaan untuk memulakan semula operasi di negaranya selepas melaksanakan perintah lockdown sejak 9 Mac lalu.


Itali menjadi 'epicentre' kepada jangkitan COVID-19 di Eropah juga menunjukkan keterujaan untuk memulakan semula operasi di negaranya selepas melaksanakan perintah lockdown sejak 9 Mac lalu.

Keterujaan ini berasaskan kepada angka jangkitan yang semakin berkurangan sejak akhir Mac lalu.

Untuk itu Rom memutuskan untuk memulakan semula operasi di negara semenanjung Roman itu bermula 4 Mei dengan protokol penjarakkan sosial yang tegas.

Seperti di Malaysia, penduduk Itali juga dibenarkan untuk makan di kedai.

Beberapa perniagaan dan pusat riadah seperti salon dan muzium pula bakal dibenarkan memulakan semula operasi pada 1 Jun.

Perancis

perancis, covid-19


Negara ini bakal mula melonggarkan perintah lockdown bermula 11 Mei ini, bagaimanapun ia dijangka hanya melibatkan 17 bidang keutamaan seperti pembukaan pejabat dan sistem pengangkutan awam.

Sekolah juga bakal dibuka pada tarikh yang sama, walau bagaimanapun murid-murid tidak wajib hadir.

Melihat kepada prospek pembukaan semula tiga negara Eropah terbabit, Ketua Sektor Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan Forum Ekonomi Dunia (WEF) Arnad Bernaert beberapa langkah boleh dilaksanakan kerajaan untuk memastikan proses pembukaan semula dapat dilakukan secara terkawal.

"Kerajaan perlu pastikan wujud bukti jelas bahawa ia sudah berupaya mengawal jangkitan COVID-19 dan mempunyai kapasiti kesihatan dan perubatan yang mencukupi jika jumlah jangkitan tiba-tiba meningkat," jelas Bernaert dalam satu artikel yang disiarkan WEF.

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa persekiran yang berisiko tinggi seperti kawasan yang berkepadatan tinggi memerlukan pemantauan berterusan bagi meminumkan penularan semula virus.