awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 344 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 31,960

Bernama
Bernama
25/05/2020
08:58 MYT
COVID-19: 344 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 31,960
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 344 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini.
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 344 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 31,960 dengan 14,876 pesakit pulih setakat semalam.
Data awal setakat tengah hari ini menunjukkan hanya empat kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan.
"Jumlah kes yang rendah hari ini disebabkan tidak banyak ujian yang dilakukan," kata kementerian itu, sambil menambah bahawa pihak kementerian masih meneruskan perincian kes-kes tersebut dan akan memberikan maklumat terkini lewat hari ini.
Data penuh yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,673 sebagai kes komuniti, 580 adalah kes import manakala 29,363 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Setakat semalam, 690 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan lapan daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, sementara 23 telah meninggal dunia.
Kementerian itu berkata 16,027 kes yang bergejala ringan atau baik dari segi klinikal tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Memandangkan tiada lagi kes yang dikaitkan dengan Strand Hotel di Bencoolen Street untuk tempoh dua inkubasi lepas, kluster itu kini ditutup.
Tidak ada kluster baharu yang dikenal pasti semalam, sementara kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai sejumlah 2,679 kes yang disahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#Bencoolen Street
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes baharu
#MOH
#pekerja asing
#Punggol
#Singapura
#Strand Hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan