Singapura yang kini memasuki minggu kedua Fasa Pertama 'Pembukaan Semula Secara Selamat' ekonominya, melaporkan 451 kes baharu COVID-19 pada Rabu dengan hanya tujuh kes penularan dalam komuniti.
Data setakat tengah hari Rabu menunjukkan sebahagian besar kes baharu itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama, menjadikan jumlah keseluruhan 38,965 kes.
Tiga daripada kes penularan dalam komuniti itu melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam kenyataan, pada Rabu.
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Selasa, Singapura mengklasifikasikan 1,751 sebagai kes penularan dalam komuniti, 580 kes import dan 36,183 sebagai kes pekerja asing yang tinggal di asrama.
Secara keseluruhan, sebanyak 25,877 kes jangkitan COVID-19 atau kira-kira 68 peratus daripada jumlah kumulatif setakat semalam iaitu 38,514, telah telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti isolasi komuniti.
Setakat semalam, terdapat 248 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan tiga dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sementara itu, sebanyak 12,364 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Sehingga kini, sebanyak 25 orang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di republik itu.
Hanya satu kluster baharu dikenal pasti semalam melibatkan sebuah asrama di 145 Tuas View Square, sementara dua kluster - sebuah tapak pembinaan di Tanah Merah Coast Road dan asrama di 17C Tuas Road - kini ditutup kerana tidak ada lagi kes yang berkaitan dengan tempat-tempat itu untuk dua tempoh inkubasi lepas.
Singapura yang menarik balik sebahagian besar langkah pemutus rantaian yang ketat sejak 2 Jun lepas, memulakan pendekatan terkawal bagi menyambung semula aktiviti secara selamat menerusi tiga fasa iaitu Fasa Satu (Pembukaan Semula Secara Selamat), Fasa Dua (Peralihan Secara Selamat) dan Fasa Tiga (Negara Selamat).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Singapura yang kini memasuki minggu kedua Fasa Pertama 'Pembukaan Semula Secara Selamat' ekonominya, melaporkan 451 kes baharu COVID-19 pada Rabu dengan hanya tujuh kes penularan dalam komuniti. - Reuters
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.