Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: 49 kes baharu di China, 33 kes penularan tempatan

COVID-19: 49 kes baharu di China, 33 kes penularan tempatan
Setakat Sabtu, daripada jumlah kes baharu itu, jumlah kumulatif kes di republik itu kini adalah 84,385 kes. - Gambar AP
PIHAK berkuasa kesihatan China melaporkan 49 kes baharu positif COVID-19 di tanah besar itu yang direkodkan pada Sabtu.

Jumlah itu termasuk 33 kes penularan tempatan dan 16 kes import.

Sebanyak 30 daripada 33 kes penularan tempatan itu dilaporkan di wilayah Xinjiang dan tiga di wilayang Liaoning.

Tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh sama.
Tambahan itu, 14 kes pulih dibenarkan discaj dan 145 kontak rapat mengakhiri pemantauan kesihatan.

Setakat Sabtu, daripada jumlah kes baharu itu, jumlah kumulatif kes di republik itu kini adalah 84,385 kes.
Sejumlah 748 lagi kes kini sedang menerima rawatan dan daripada jumlah itu, 36 dalam keadaan tenat.