awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Aktiviti berkumpul dinaikkan kepada 100 orang di New Zealand

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2020
02:40 MYT
COVID-19: Aktiviti berkumpul dinaikkan kepada 100 orang di New Zealand
Jacinda Ardern bercakap pada sidang media yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen di Wellington, New Zealand, 25 Mei, 2020. (Foto AP)
KERAJAAN New Zealand terus melonggarkan sekatan yang dikenakan sebelum ini dengan membenarkan 100 orang berkumpul pada satu-satu masa berbanding 10 orang sebelum ini.
Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan, kelonggaran itu akan bermula Jumaat ini.
Ia antara lain membolehkan orang ramai beribadah pada hari itu dan pada hujung minggu.
"Jemaah menteri telah memutuskan kita sekarang boleh meningkatkan bilangan individu yang berhimpun kepada 100 orang mulai jam 12 tengah hari Jumaat 29 Mei ini.
"Ini bermakna, perhimpunan di gereja, majlis perkahwinan dan pengebumian kini boleh dihadiri oleh 100 orang," katanya kepada pemberita di Wellington pada Isnin.
Ardern menjelaskan, keputusan dibuat selepas negara itu hanya merekodkan satu kes positif COVID-19 sejak minggu lalu.
Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil pematuhan orang ramai terhadap perintah berkurung yang dilaksanakan sebelum ini.
"Kita masih dalam suasana pandemik global. Kes jangkitan terus bertambah di luar negara, dan kita masih terima rakyat yang pulang ke negara ini.
"Tetapi, di kebanyakan tempat, kehidupan sudah boleh diteruskan kembali seperti biasa dalam banyak hal," tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#koronavirus
#New Zealand
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#perintah berkurung
#perkahwinan
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan