ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 13.4 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, pada awal Khamis, terdapat pertambahan 230,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat terus menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.5 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 1. 9 juta kes.

India dan Russia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 936,000 dan 745,000 kes.

Peru, Chile dan Mexico pula merekodkan angka melepasi 300,000 kes.

10 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Jerman.

Lima lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Bangladesh, Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 85,000 kes.