Berita  | Dunia

COVID-19: Angka kematian di China mencecah 1,523

COVID-19: Angka kematian di China mencecah 1,523
Di Hubei, 2,420 kes jangkitan baru dilaporkan dengan 1,923 daripadanya di Wuhan. - Gambar fail
CHINA melaporkan 2,641 kes COVID-19 yang baru disahkan dan 849 kes baru yang serius pada Sabtu.

Sebanyak 143 orang telah meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 1,523.

Pada masa sama, terdapat 2,277 kes baru yang disyaki COVID-19.

Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh China berjumlah 66,492, di mana 11,053 daripadanya, atau 18 peratus, disifatkan serius.

Dalam wilayah Hubei - pusat di mana bermulanya episod wabak koronavirus itu - 2,420 kes jangkitan baru dilaporkan dengan 1,923 daripadanya di ibu kota Wuhan.

Bandar tersebut juga menyumbang 107 daripada 139 kematian baru yang dilaporkan di Hubei pada Sabtu.