ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan hampir 4,000 kes dalam masa 24 jam dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi 343,700 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 97,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Sepanyol dan Perancis dengan masing-masing merekodkan 28,000 kes.