ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan 5,000 kes dalam masa 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat pandemik itu melepasi 358,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat mempunyai angka kematian melepasi 100,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 37,000 dan 33,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.

Sementara itu, Brazil berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 25,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh.

Sebanyak 2.38 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.