ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat, mencatatkan kenaikan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan angka kumulatif melepasi 363,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka kematian melepasi 100,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada pada kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 38,000 dan 33,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.

Sementara itu, Brazil pula berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 26,000.

xxx

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif apabila sebanyak 2.46 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan didiscaj.