ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 4,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini.

Ini menjadikan kumulatif kematian melepasi 383,000 kes.


Statistik dari Johns Hopskins University menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 4,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini.
Amerika Syarikat mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 107,000 kes.

Brazil hari ini menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban COVID-19 melebihi 30,000.

Manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 11,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 2.76 juta pesakit dibenarkan discaj.