ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global meningkat 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global kini 557,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 133,000 kes.


Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global meningkat 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 69,000 dan 44,000 kes korban.

Manakala, kes kematian di Itali dan Mexico akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 dan 33,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 30,000 dan 29,000 kes kematian.

India menjadi negara tertinggi di Asia yang mencatat kes kematian dengan lebih 21,000 kes.

Negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 12,000 kes.