SEKURANG-KURANGNYA 647,000 menjadi korban apabila dunia diancam penularan pandemik COVID-19 yang dikesan pertama kali di Wuhan, China sejak November tahun lalu.

Sehingga hari ini, berdasarkan data daripada Johns Hopkins University, angka jangkitan virus itu terus meningkat kepada 16.15 juta kes pada Isnin berbanding 15.8 juta semalam.


Angka jangkitan virus itu terus meningkat kepada 16.15 juta kes pada Isnin berbanding 15.8 juta semalam.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan 46,582 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.2 juta kes.

Brazil pula merekodkan lebih 86,000 kematian dengan jumlah keseluruhan bakal mencecah 2.4 juta kes.

Sementara itu, India pula mengesahkan sebanyak 32,063 kematian akibat wabak itu dengan jumlah kumulatif menghampiri 1.4 juta kes positif.

Negara-negara lain pula merekodkan angka korban berada kurang daripada 900,000 kes termasuk di Rusia, Afrika Selatan, Peru dan Chile.