Belgium menggariskan pelan keluar sepenuhnya dari perintah sekatan dengan membuka sektor yang terlibat bermula 18 Mei depan.

Untuk fasa kedua, kerajaan membenarkan sekolah, muzium, kedai gunting rambut dan pasar mini dibuka.

Namun operasi perlu mematuhi garis panduan ketat.

Sebagai contoh perkhidmatan kedai gunting rambut disarankan dijalankan hanya dengan temu janji dan pemakaian topeng muka kini diwajibkan.

Latihan sukan di kawasan terbuka fasiliti sukan juga dibenarkan namun tidak melebihi 20 individu.

Kerajaan bagaimanapun belum mengumumkan pembukaan hotel dan restoran yang kekal ditutup sehingga 30 Jun.