Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: AS beli hotel tempatkan gelandangan, ubah suai jadi hospital

COVID-19: AS beli hotel tempatkan gelandangan, ubah suai jadi hospital
AS berhajat membeli hotel untuk digunakan sebagai hospital dan menyediakan tempat tinggal bagi golongan gelandangan. -Gambar hiasan
WASHINGTON: Sejumlah enam mangsa maut akibat jangkitan COVID-19 di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Mangsa dilaporkan dari King County dan Snohomish County.

Pegawai kesihatan awam Dr Jeff Duchin berkata pihaknya akan membeli hotel untuk digunakan sebagai hospital dan menyediakan tempat tinggal bagi golongan gelandangan dalam kebimbangan ancaman virus tersebut.

Terdahulu, penyelidik berkata COVID-19 mungkin telah merebak selama beberapa minggu dan tidak dikesan di wilayah berkenaan.
Malah lebih banyak kes dijangka akan dicatatkan di Washington, Oregon dan California.

Kes pertama di AS adalah seorang lelaki Washington yang mempunyai sejarah perjalanan ke China.
Namun beberapa kes terbaru di negara Uncle Sam direkodkan tidak berkaitan dengan pelancong.