Pandemik COVID-19 yang kini merebak di seluruh dunia dipercayai bukan berasal daripada Wilayah Wuhan, China seperti yanng didakwa sebelum ini, kata pakar Universiti Oxford, Dr Tom Jefferson.
Dr Tom Jefferson yang juga pensyarah kanan di Pusat Perubatan Berasaskan Bukti di universiti sama berkata, terdapat bukti yang semakin jelas menyatakan virus itu wujud di lokasi lain sebelum dikesan di Asia.
Beliau yang juga profesor pelawat di Universiti Newcastle Britain percaya, hasil kajiannya mendapati, banyak virus tidak aktif di seluruh dunia namun, muncul ketika situasi memberi keuntungan kepada sesetengah pihak.
"Perkara ini boleh kita kaitkan dengan virus-virus lain sebelum ini. Seperti SARS-1 yang sebelum ini muncul tetapi kini sudah tiada.
"Sehubungan itu, kita perlu ambil kira hal seperti ini selain meneliti ekologi virus, memahami bagaimana ia wujud dan bermutasi. Kita juga mungkin lihat virus yang tidak aktif boleh diaktifkan berdasarkan keadaan persekitaran. Ada kes di Pulau Falkland pada awal Februari. Sekarang, dari mana asalnya?
"Ada kapal pesiaran yang pergi dari Georgia Selatan ke Buenos Aires dan penumpang diperiksa dan kemudian pada hari ke-8, mereka dikesan sebagai kes pertama. Adakah virus itu diletakkan dalam makanan siap sebelum dicairkan dan diaktifkan?
"Perkara-perkara aneh seperti ini terjadi seperti selesema Sepanyol pada tahun 1918, sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk Samoa Barat meninggal dunia akibat selesema Sepanyol dan mereka tidak mempunyai komunikasi dengan dunia luar," katanya seperti dipetik menerusi laporan The Sydney Morning Herald pada Isnin.
COVID-19 yang diklasifikasikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini dipercayai mula dikesan di Wuhan, China pada 12 Disember 2019.
Minggu lalu, ahli virologi Sepanyol mengumumkan bahawa mereka telah menemui jejak COVID-19 dalam sampel sisa air yang dikumpulkan pada Mac 2019 iaitu sembilan bulan sebelum wabak itu dikesan di China.
Para saintis Itali juga telah menemui bukti virus itu berada dalam sampel kumbahan di Milan dan Turin, sekitar pertengahan Disember, beberapa minggu sebelum kes pertama dikesan.
Sementara itu, para pakar juga dikatakan mengesan kehadiran virus itu di Brazil sejak bulan November.
Dalam pada itu, Jefferson percaya bahawa virus itu boleh disebarkan menerusi sistem pembentungan atau penggunaan tandas dan bukan melalui titisan yang dikeluarkan ketika bercakap, batuk atau bersin.
Agensi
Mon Jul 06 2020
Pakar berkata, terdapat bukti yang semakin dekat menyatakan virus itu wujud di lokasi lain sebelum dikesan di Asia.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek