Singapura akan memulakan program pembinaan besar-besaran asrama pekerja asing yang baharu, dengan kapasiti ruang untuk menempatkan 60,000 katil, sedia digunakan hujung tahun ini, menurut Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong.
"Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kepadatan di asrama, dan juga penting untuk mereka bentuk asrama baharu yang lebih baik kepada kesihatan awam, terutamanya kepada risiko pandemik seperti yang kita pelajari daripada pengalaman COVID-19," katanya dalam sidang media secara dalam talian mengenai COVID-19 pada Isnin.
Pada masa ini, Singapura telah menggunakan fasiliti seperti kem tentera dan dewan sukan, serta sebahagian pangsapuri HDB, untuk menempatkan pekerja ke kawasan itu, dalam usaha mengurangkan kepadatan di asrama pekerja.
Lawrence yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 berkata, tindakan tersebut merupakan satu penyelesaian sementara, kerana akhirnya kawasan tersebut perlu diserahkan semua untuk kegunaan sebenar mereka, dan satu penyelesaian yang lebih sesuai diperlukan untuk asrama baharu.
Dalam jangka panjang Lawrence berkata, republik itu merancang untuk membina 11 bangunan khas asrama kekal dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan tambahan kira-kira 100,000 tempat, dengan reka bentuk dan piawaian baharu.
Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo berkata, sehingga hari ini, sejumlah 40,000 pekerja asing telah disahkan bebas jangkitan COVID-19, dan bersedia untuk bekerja semula.
Tambahnya, kira-kira 12,000 daripada mereka merupakan pekerja penting, yang telah dipindahkan keluar dari asrama ke penginapan sementara, manakala 20,000 pekerja telah pulih dan ditempatkan secara sementara di pelbagai tempat.
"8,000 lagi pekerja tinggal di asrama," kata Josephine pada sidang media yang sama.
Menurutnya, 8,000 pekerja ini sama ada telah diuji negatif ataupun, disahkan positif tetapi telah pulih sepenuhnya dan didiscaj, dan tinggal bersama rakan pekerja yang juga telah disahkan bebas daripada virus itu di asrama.
Pada masa yang sama Josephine berkata, kumpulan pertama 60 asrama akan diberikan status 'bebas', bermula 2 Jun, yang bermakna setiap blok di asrama tersebut telah bebas daripada virus dan setiap penduduk di dalam blok tersebut, telah disahkan bebas daripada jangkitan.
Terdapat 43 bangunan khas asrama yang menempatkan kira-kira 200,000 pekerja asing dan 1,200 kilang yang dijadikan asrama untuk kira-kira 95,000 pekerja
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Pada masa ini, Singapura telah menggunakan fasiliti seperti kem tentera dan dewan sukan, serta sebahagian pangsapuri HDB, untuk menempatkan pekerja. - Bernama
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.