awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Boris Johnson keluar ICU, kekal dalam pemantauan

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2020
20:16 MYT
COVID-19: Boris Johnson keluar ICU, kekal dalam pemantauan
Boris Johnson dipindah keluar ke wad biasa pada Khamis selepas beliau semakin pulih daripada jangkitan COVID-19. -AP
Perdana Menteri Britain Boris Johnson dipindah keluar ke wad biasa pada Khamis selepas beliau semakin pulih daripada jangkitan COVID-19.
Pejabat perdana menteri, walau bagaimanapun berkata, Johnson akan terus dipantau pihak hospital, lapor Reuters.
Johnson, 55, dimasukkan ke Hospital St Thomas pada Ahad malam setelah menunjukkan simptom demam dan batuk.
Beliau kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin di mana beliau mendapatkan rawatan selama tiga malam.
“Perdana Menteri telah dipindahkan malam ini dari unit rawatan rapi ke wad, di mana beliau akan terus dipantau sepanjang fasa awal pemulihannya.
“Beliau tetap bersemangat,” tulis kenyataan itu.
Johnson merupakan pemimpin negara pertama dimasukkan ke hospital akibat jangkitan koronavirus.
Sepanjang ketiadaannya, Menteri Luar Dominic Raab mengambil alih tugas.
"Ini berita yang kita semua mahu dengar," tulis Raab di akaun Twitter.
The news we all wanted to hear Thank you to all the NHS staff helping the country and the PM to beat #coronavirus. Together we can all do our bit by staying home and protecting the NHS #StayHomeSaveLives https://t.co/GJp49HELhr
— Dominic Raab (@DominicRaab) April 9, 2020
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) antara yang terawal memberi komen berhubung perkembangan ini.
"Berita baik. Perdana Menteri Boris Johnson telah dipindah keluar dari unit rawatan rapi.
"Cepat sembuh Boris," tulisnya di akaun Twitter.
Great News: Prime Minister Boris Johnson has just been moved out of Intensive Care. Get well Boris!!!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) April 9, 2020
Kerajaan Britain bagaimanapun tidak menyatakan bila Johnson akan kembali memimpin negara.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#COVID-19
#Hospital St Thomas
#ICU
#keluar wad
#koronavirus
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan