awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas ulang-alik Bukit Bendera percuma 16 hingga 19 Februari
Kerajaan Malawi rayu sokongan antarabangsa untuk mangsa banjir
Garis masa Perjanjian Tarif Timbal Balas Indonesia-AS dianjak ke Februari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Budak 9 tahun cipta mesin basuh tangan tanpa sentuhan

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
22:59 MYT
COVID-19: Budak 9 tahun cipta mesin basuh tangan tanpa sentuhan
Stephen menunjukkan mesin ciptaannya yang membolehkan pengguna membasuh tangan tanpa sentuhan. -Facebook@Tycoonews kenya
Seorang kanak-kanak lelaki warga Kenya berjaya mencipta satu mesin mencuci tangan bertujuan mengelak penularan jangkitan COVID-19.
Stephen Wamukota, 9, berkata mesin yang menggunakan bahan kayu itu membolehkan pengguna menekan pedal kaki untuk mengeluarkan air tanpa sentuhan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan koronavirus tersebut.
Stephen mendapat idea tersebut setelah menonton televisyen mengenai cara mencegah penularan virus.
Kenya setakat ini merekodkan lebih 2,000 kes COVID-19 dengan 69 kematian.
Stephen dan keluarganya tinggal di Kampung Mukwa di Bungoma, Barat Kenya.
Bapa kanak-kanak lelaki itu, James Wamukota, mesin itu dicipta menggunakan kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap.
"Saya telah membeli beberapa kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap, tetapi ketika saya pulang ke rumah setelah bekerja saya mendapati Stephen telah membuat mesin itu.
"Konsepnya adalah milik Stephen, saya hanya membantu mengetatkan mesin dan sangat berbangga dengan hasilnya," katanya memetik laporan BBC.
James yang bekerja membaiki barang elektronik berkata anaknya amat berminat dengan kerja yang dilakukannya.
Beliau memuat naik mesin ciptaan Stephen di Facebook dan terkejut dengan perkongsian oleh netizen.
Stephen telah menerima Anugerah Perintah Perkhidmatan Presiden (Patriotik) pada Isnin lepas atas kejayaan mencipta mesin tersebut.
Kata kanak-kanak itu, dia mahu menjadi seorang jurutera apabila dewasa kelak dan Gabenor County telah berjanji akan memberikannya biasiswa.
Topic Berkaitan
#cipta mesin basuh tangan tanpa sentuhan
#COVID-19
#James Wamukota
#kanak-kanak 9 tahun
#koronavirus
#Stephen Wamukota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan