JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 250,000 dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Khamis mencecah 12.12 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas.

Angka jangkitan di negara itu kini melebihi 3 juta kes positif.

Jangkitan setakat pagi Khamis mencecah 12.12 juta kes.
Brazil negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1.7 juta kes.

India dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 767,000 dan 706,000 kes.

Sejumlah 12 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki dan Perancis dan Afrika Selatan.