CHINA mengumumkan 327 kes jangkitan COVID-19 baharu pada Jumaat.

Suruhanjaya Kesihatan Negara berkata jumlah tersebut menurun daripada 433 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Jumlah kes terbaharu tersebut juga merupakan yang terendah sejak 23 Januari.

Ia menjadikan angka keseluruhan di China sebanyak 78,824.

Pusat penularan COVID-19, wilayah Hubei mencatatkan 318 kes baharu, iaitu penurunan daripada 409 kes pada hari sebelumnya dan yang terendah sejak 24 Januari.

Setakat ini, jumlah kematian yang direkodkan di China ialah 2,788.

Wilayah Hubei mencatatkan 41 kes kematian setakat Khamis, manakala di Wuhan, sebanyak 28 mangsa telah meninggal dunia.