awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan terus komited perkasa pembangunan infrastruktur luar bandar
Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M Thinaah dinobat juara
SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'China menipu!' - Senator AS dakwa virus berasal dari makmal

Agensi
Agensi
17/02/2020
03:19 MYT
COVID-19: 'China menipu!' - Senator AS dakwa virus berasal dari makmal
Virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu didakwa berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut. - Foto Reuters
CHINA didakwa masih melindungi punca sebenar penularan wabak COVID-19 yang sebelum ini dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, China.
Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News sekali lagi menegaskan kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.
“Situasi ini makin memburuk sebab China telah menipu sedari mula dan terus menipu sehingga hari ini.
“Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini.
"Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut,” katanya memetik laporan agensi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.
.@ambcuitianki, heres whats not a conspiracy, not a theory: Fact: China lied about virus starting in Wuhan food market https://t.co/Jgpy1Oh75Y
— Tom Cotton (@SenTomCotton) February 9, 2020
“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, South China University of Technology turut merumuskan bahawa koronavirus itu berkemungkinan berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.
Ia menjurus kepada kajian terhadap kelawar dan penyakit pernafasan yang dibawa oleh haiwan di Pusat Kawalan Penyakit Wuhan dan Institut Virologi Wuhan.
Para saintis China percaya virus tersebut mungkin mula hidup di fasiliti kajian yang terletak cuma 300 meter dari pasar Wuhan.
Kertas kajian oleh Botao Xiao dan Lei Xiao dari universiti tersebut menyatakan Pusat Kawalan Penyakit Wuhan ‘melahirkan’ penularan wabak itu di wilayah Hubei kerana menyimpan haiwan pembawa penyakit di makmal mereka termasuk 605 ekor kelawar - yang merupakan haiwan dikaitkan dengan virus tersebut.
Laporan itu menyatakan: Urutan genom (genome sequences) daripada pesakit adalah 96 peratus atau 89 peratus menyerupai koronavirus Bat CoV ZC45 yang ditemui pada Rhinolophus (spesis kelawar).
Ia menerangkan bagaimana kelawar asli hanya terdapat sekitar 600 batu jauhnya dari pasar makanan laut Wuhan dan kebarangkalian kelawar yang terbang dari wilayah Yunnan dan Zhejiang adalah minimum.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#makmal bio-keselamatan
#virus korona
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan