awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: China tolak desakan siasat punca koronavirus

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2020
00:13 MYT
COVID-19: China tolak desakan siasat punca koronavirus
Makmal penyelidikan virus di Wuhan ini didakwa menjadi penyebab koronavirus SARS-CoV-2 punca menyakit COVID-19. -Gambar fail
China membantah sebarang cadangan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung punca koronavirus SARS CoV-2.
Beijing bertegas tidak akan tunduk kepada desakan hanya semata-mata anggapan rasa bersalah.
China berulang kali menolak dakwaan yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) bahawa koronavirus itu berasal dari sebuah makmal di Wuhan.
"Kami membantah desakan ahli politik di Amerika Syarikat yang mahu siasatan dilancarkan hanya atas tanggapan China bersalah demi kepentingan politik mereka.
"Kami membantah epidemik ini digunakan untuk manipulasi politik kerana amalan ini bercanggah dengan kajian saintifik dan akan menggangu kerjasama anti-epidemik global."
Kenyataan China itu dibuat ketika AS kekal dengan pendirian bahawa COVID-19 berasal dari makmal di China.
"Kita tidak pasti sama ada ia berasal daripada makmal atau tempat lain.
"Hanya satu cara mudah boleh mencari jawapan ini -- ketelusan, keterbukaan -- perkara-perkara yang dilakukan apabila kita mahu menjadi penyelesai pandemik global, apabila mereka mahu menjadi sebahagian daripada perkara yang menjamin keselamatan manusia dan memastikan ekonomi kembali beroperasi.
Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara Mike Pompeo mengulangi dakwaan bahawa koronavirus yang kini melanda di seluruh dunia berasal dari sebuah makmal virus di Wuhan, China.
Dakwaan itu bagaimanapun tidak disertakan sebarang bukti.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Donald Trump
#epidemik
#kepentingan politik
#koronavirus
#Mike Pompeo
#pandemik
#SARS-COV-2
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan