Wilayah Hubei di China mencatatkan peningkatan kes COVID-19 pada Jumaat.

Pihak berkuasa mengesahkan tambahan 411 kes positif koronavirus pada Khamis, peningkatan angka jangkitan berbanding hari sebelumnya iaitu 349 kes.

Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan Hubei melaporkan 115 lagi kematian akibat wabak tersebut menjadikan jumlah kematian di wilayah itu sebanyak 2,144.

Bilangan kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia kini melebihi 76,154 dengan majoriti kes di China.

Wabak ini turut meragut nyawa 11 di luar negara tembok besar itu.