Amerika Syarikat (AS) mendesak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) distruktur semula.

Ini susulan dakwaan ia gagal mengendalikan maklumat yang diperlukan ketika penularan koronavirus.

Desakan dikemukakan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, Alex Azar.

Tegas Azar, AS menuntut setiap aspek WHO diteliti semula berikutan tindak balas perlahan terhadap pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Kita melihat kegagalan WHO dalam misi utamanya berkongsi maklumat dan ketelusan dengan anggota lain.

“Ini tidak boleh berlaku lagi. Status quo ini tidak boleh dipermainkan. WHO mesti berubah dan perlu menjadi lebih telus dan lebih bertanggungjawab.

“Kita memberi fokus terhadap reaksi segera, dunia memerlukan WHO yang memainkan peranan lebih berkesan kepada penduduk dunia dan kami mahu bencana di masa depan dielakkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azar memaklumkan AS memperuntukkan AS$9 bilion untuk memanfaatkan pelan tindakan global untuk koronavirus.