awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 di Australia: Negeri Victoria kuat kuasa peraturan lima tetamu sahaja di dalam rumah

Agensi
Agensi
20/06/2020
12:11 MYT
COVID-19 di Australia: Negeri Victoria kuat kuasa peraturan lima tetamu sahaja di dalam rumah
Ketua Menteri, Daniel Andrews berkata, sehingga tengah malam 12 Julai, setiap kediaman dihadkan hanya 5 tetamu di dalam rumah dan 10 orang di luar rumah. - Reuters
Mulai Isnin depan, wilayah Victoria di Australia akan melaksanakan semula sekatan di kediaman persendirian selepas merekodkan peningkatan dua digit kes baharu COVID-19 selama empat hari berturut-turut.
Ketua Menteri, Daniel Andrews berkata, sehingga tengah malam 12 Julai nanti, setiap kediaman dihadkan hanya lima tetamu di dalam rumah dan 10 orang di luar rumah.
Victoria mencatatkan 25 kes baharu pada Sabtu, peningkatan harian terbesar dalam dua bulan.
Andrews berkata, kelonggaran yang dirancang untuk kafe, restoran dan pub untuk membenarkan 50 pelanggan pada satu-satu masa berbanding 20 kini, perlu ditangguhkan selama tiga minggu.
Tambahnya, lebih daripada separuh kes baharu COVID-19 di Victoria berpunca daripada penularan dari keluarga ke keluarga.
Beliau pada masa sama memberi pesanan agar setiap keluarga harus melakukan apa sahaja yang untuk mengelakkan gelombang kedua.
Negeri Victoria telah menyumbang 19 dari 102 kematian Australia akibat COVID-19, dengan lebih 1.800 disahkan, menurut data Johns Hopkins University.
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#keluarga
#Ketua Menteri
#koronavirus
#rumah
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan