awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 di Indonesia: Kes positif 64,958, catat kematian 3,241

Bernama
Bernama
06/07/2020
11:03 MYT
COVID-19 di Indonesia: Kes positif 64,958, catat kematian 3,241
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan. - Gambar fail
Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,360 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,053 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Jawa Tengah (215), Kalimantan Selatan (202) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Berdasarkan data kematian bagi tempoh 24 jam itu, 33 kematian berlaku di Jawa Timur, 15 kematian di Jawa Tengah dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kes positif
#koronavirus
#Media
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan