ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini semakin menghampiri 20 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Kes dunia kini berjumlah 19.95 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 5.07 juta kes.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 3.03 juta dan India 2.21 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 890,000 kes dan 559,000 kes.

Tujuh negara Mexico, Peru, Colombia, Chile, Iran, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.