KAPAL persiaran Diamond Princess dilapor akan kembali beroperasi pada April selepas menjalani proses sanitasi menyeluruh.

Proses akan dimulakan selepas semua baki penumpang dan kru dibenarkan keluar, lapor CNN.

Pelayaran pertama dijangka bermula pada 29 April iaitu tarikh bermulanya sambutan Golden Week di Jepun.

Ia selepas tempahan dibatalkan hingga 20 April susulan lebih 600 kes jangkitan dikaitkan dengan kapal seberat 116,000 tan ini.

Kapal yang membawa lebih 2,600 penumpang dan 1,045 kru ini sedang dikuarantin di pelabuhan Yokohama, Jepun sejak awal bulan Februari.