awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Ejen syaitan' sebar virus dalam lif ditahan

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
17/02/2020
02:52 MYT
COVID-19: 'Ejen syaitan' sebar virus dalam lif ditahan
Li dilihat sengaja menyebarkan air liurnya atas alasan ingin meluahkan amarah selepas bergaduh dengan seorang penduduk di situ. -Foto YouTube
KETIKA seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti virus COVID-19, ada pula kalangan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap acuh tak acuh tentang isu penjagaan kesihatan.
Beberapa perkongsian video mula tular yang memaparkan kelibat individu tidak bertanggungjawab yang digelar 'ejen syaitan' dengan sengaja menyebarkan apa yang didakwa virus COVID-19 melalui air liur mereka pada butang lif.
Dalam salah satu rakaman CCTV, seorang wanita warga China di bandar Chongqing dirakam berulang kali meludah ke butang lif.
Suspek wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai Li dilihat sengaja menyebarkan air liurnya atas alasan ingin meluahkan amarah selepas bergaduh dengan seorang penduduk di situ, lapor Daily Mail.
Video tular itu kemudian memperlihatkan beberapa penduduk lain masuk untuk menggunakan lif yang sama dan menekan butang yang 'diludah' Li sebelum itu.
Li kemudian ditahan dan hasil siasatan mendapati dia tidak mengalami jangkitan koronavirus.
Menerusi kenyataan rasmi, polis mengesahkan bahawa wanita itu sihat secara fizikal dan tidak mempunyai sebarang kontak dengan warga Hubei.
BACA: COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu
Dalam satu lagi video tular, seorang lelaki di Nanning dirakam meludah pada tisu dan kemudian menggosoknya berulang kali pada butang lif.
Menurut sumber, polis tempatan telahpun menahan individu itu selama 10 hari dan mendapati dia tidak mengalami sebarang simptom koronavirus.
Selain dua video tular itu, beberapa video lain turut dikongsi di media sosial memperlihatkan tindakan tidak bertamadun oleh individu berbeza di China.
Topic Berkaitan
#air liur
#China
#coronavirus
#COVID-19
#ejen syaitan
#gosok pada butang lif
#kesihatan
#ludah pada butang lif
#Media
#media sosial
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan