awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hong Kong catat kes kematian kedua

Agensi
Agensi
19/02/2020
04:34 MYT
COVID-19: Hong Kong catat kes kematian kedua
Untuk rekod, pada 2003, sejumlah 299 warga Hong Kong terbunuh akibat penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) menjadikan 40 peratus daripada jumlah kematian global. - Gambar China Daily via REUTERS
Hong Kong mencatatkan kes kematian kedua akibat wabak baharu koronavirus atau COVID-19 pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa kesihatannya dalam satu kenyataan, kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang telah ditahan di Hospital Princess Margaret.
“Mangsa telah dimasukkan ke hospital pada 12 Februari lalu selepas dipercayai jatuh di kediamannya. Dia yang pada mulanya mengalami demam telah disahkan positif virus itu sebelum meninggal dunia,” kata kenyataan itu.
Bagi kes di tanah besar China, lebih 2,000 kematian telah dicatatkan sementara 74,137 kes jangkitan direkodkan setakat ini.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: COVID-19: Lebih 2,000 kematian dicatatkan
Untuk rekod, pada 2003, sejumlah 299 warga Hong Kong meninggal dunia akibat penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) menjadikan 40 peratus daripada jumlah kematian global.
Hong Kong juga pada Isnin turut berdepan kekurangan bekalan akibat pembelian panik oleh kebanyakan pengguna susulan kebimbangan penularan wabak itu. - Sumber Agensi
BACA: Polis Hong Kong buru perompak tisu tandas
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Hong Kong
#kematian
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan