India merekodkan sebanyak 57,381 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2.5 juta pada Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Keluarga yang dipetik laporan Agensi Berita Anadolu, jumlah kematian pula meningkat kepada 49,036 kes sekali gus menjadikan India kekal negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Negeri di bahagian barat iaitu Maharashtra paling teruk terjejas dengan lebih 500,000 kes diikuti Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.

Sebanyak 868.679 orang telah menjalani ujian sejak Jumaat lalu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat yang melakukan ujian saringan sebanyak 2.8 juta.