awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia catat 2,345 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam

Bernama
Bernama
15/08/2020
13:21 MYT
COVID-19: Indonesia catat 2,345 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 28,882 kes, diikuti Jawa Timur (27,415) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. -Reuters
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan kini berjumlah 137,468 kes dengan 76,327 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,345 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 50 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,071 orang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 28,882 kes, diikuti Jawa Timur (27,415) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,988 orang, diikuti Jakarta (980), Jawa Tengah (780), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kes positif
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan