awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali catat rekod 250 kematian dalam 24 jam

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/03/2020
02:34 MYT
COVID-19: Itali catat rekod 250 kematian dalam 24 jam
Angka kematian akibat wabak COVID-19 di Itali menyaksikan peningkatan mendadak iaitu seramai 250 orang dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail
Angka kematian akibat wabak COVID-19 di Itali menyaksikan peningkatan mendadak iaitu seramai 250 orang dalam tempoh 24 jam, menjadikan ia negara tertinggi dari segi kematian harian pada Jumaat.
Agensi berita ABC melaporkan, wilayah yang paling terjejas teruk ialah Lombardy di mana kesemua kilang dan pejabat ditutup serta-merta.
Kerajaan Itali pimpinan Giuseppe Conte minggu ini telah mengambil langkah sekatan secara drastik di seluruh negara.
Ia termasuk menutup semua bar, restoran, dan kedai-kedai, serta menyekat perjalanan ke luar negara dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
Bagaimanapun, langkah itu tidak memperlihatkan keberkesanannya apabila jumlah angka kematian meningkat 25 peratus dalam tempoh satu hari kepada 1,266 kematian, kata Ketua Agensi Perlindungan Awam negara itu pada Jumaat.
Jumlah kes yang disahkan pula meningkat dari 15,113 kepada 17,660, iaitu pada kadar 17 peratus.
Ketua Kesihatan Lombardy Giulio Gallera dilaporkan berkata langkah sekatan yang diambil kerajaan itu jelas tidak mencukupi di wilayah berkenaan, apabila ia mencatatkan satu pertiga daripada jumlah kematian di Itali.
“Kami mahukan pengecualian untuk Lombardy,” katanya yang mahu melihat penutupan kesemua kilang, pejabat, dan pengangkutan awam di wilayah itu.
“Jika kami boleh bertahan dalam tempoh lapan hari, kemungkinan besar keadaan akan berubah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Itali
#Italy
#Lombardy
#novel coronavirus
#novel koronavirus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan