awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan di Arab Saudi cecah 200,000

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2020
02:57 MYT
COVID-19: Jangkitan di Arab Saudi cecah 200,000
Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan peningkatan kes berlaku beberapa minggu menjelang musim haji tahun ini. - REUTERS/Gambar Fail
KES jangkitan COVID-19 di Arab Saudi kini mencecah angka 200,000.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, peningkatan kes berlaku beberapa minggu menjelang musim haji tahun ini.
Negara paling teruk terjejas di teluk itu merekodkan 201,801 kes jangkitan termasuk 4,193 kes baharu pada Jumaat dan 1,802 kematian.
Ketika pelbagai sekatan dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik, kerajaan negara itu hanya membenarkan sekitar 1,000 jemaah menunaikan ibadat haji tahun ini.
Jumlah tersebut jauh daripada angka yang direkodkan musim lalu apabila lebih 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ibadat haji tahun ini akan dilaksanakan di bawah protokol kebersihan yang ketat, dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah usia 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.
Jemaah haji akan menjalani ujian saringan sebaik ketibaan mereka di Kota Suci Mekah dan setelah melakukan ibadat itu, mereka akan menjalani kuarantin di rumah.
Arab Saudi merekodkan peningkatan bagi kes jangkitan dan kematian akibat pandemik itu sejak melonggarkan sekatan pergerakan pada akhir Mei.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Haji
#Islam
#jangkitan
#kebersihan
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#kuarantin
#Mekah
#pandemik
#protokol
#sekatan pergerakan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan