awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun cadang perluas ujian saringan, pilih kaedah PCR guna sampel air liur

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
12/05/2020
03:53 MYT
COVID-19: Jepun cadang perluas ujian saringan, pilih kaedah PCR guna sampel air liur
Proses calitan air liur jauh lebih mudah daripada mengambil sampel lendir dari bahagian belakang hidung yang memerlukan kemahiran dan pengalaman. -Gambar fail/Reuters
Jepun bercadang memperluas langkah pengesanan jangkitan COVID-19 di seluruh negara dalam waktu terdekat.
Bagi melaksanakannya, kementerian kesihatan negara itu merancang meluluskan kaedah ujian reaksi rantai polimerase (PCR) menggunakan sampel air liur.
Menurut kementerian dalam satu kenyataan pada Isnin, proses calitan air liur jauh lebih mudah daripada mengambil sampel lendir dari bahagian belakang hidung yang memerlukan kemahiran dan pengalaman.
Malah, menurut kementerian itu lagi, kaedah memasukkan putik kapas ke dalam hidung untuk mendapatkan sampel lendir boleh menyebabkan individu terbabit bersin, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan kepada pekerja perubatan.
Kaedah saringan menerusi air liur juga dipertimbang selepas mendapati banyak institusi perubatan mengalami kekurangan peralatan perlindungan diri seperti gaun perubatan dan topeng muka.
Penggunaan sampel air liur juga didapati jauh lebih selamat kerana ia akan ditutup dalam bekas khas.
Kaedah itu juga mendapat perhatian Persatuan Perubatan Jepun yang meminta agar kementerian segera mempertimbang pelaksanaan ujian PCR tersebut.
Topic Berkaitan
#air liur
#bersin
#COVID-19
#kementerian kesihatan jepun
#kesihatan
#koronavirus
#pekerja perubatan
#perubatan
#putik kapas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan