JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.2 juta, menurut data dari Johns Hopkins University.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.6 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, Turki, India, Peru dan Iran.

Sementara itu, Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 84,100 dan 84,000 kes.


Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.2 juta, menurut data dari Johns Hopkins University.