JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.76 juta.

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 110,000 kes.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.71 juta.

Brazil pada Khamis mempunyai angka jangkitan melepasi 400,000 manakala Rusia melepasi angka 300,000 kes.

Tiga lagi negara mencatatkan angka positif COVID-19 melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, India, Turki, Iran dan Peru.

Sementara itu, Chile pada Khamis mengikut jejak Kanada apabila mempunyai angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing mencatatkan 86,000 dan 89,000 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kes pandemik itu di bawah 84,000 termasuk China.