Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.39 juta

COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.39 juta
Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.39 juta. -Gambar fail
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.39 juta.

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 100,000 kes jangkitan baharu.

Amerika Syarikat terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.84 juta. Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta.


Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.39 juta.
Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan setengah juta kes manakala Rusia ketiga dengan melebihi 400,000 kes.
India hari ini menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes.

Enam lagi negara mempunyai kes positif melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Peru, Turki, Iran dan Chile.
Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000 namun Mexico, Kanada dan Arab Saudi sudah melepasi angka jangkitan di China dengan jumlah melebihi 84,000 kes.