awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.58 juta

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2020
22:45 MYT
COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.58 juta
Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.9 juta. - BERNAMA
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.8 juta.
Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 220,000 kes jangkitan baharu.
Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.9 juta.
Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta.
Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan setengah juta kes manakala Rusia ketiga dengan melebihi 458,000 kes.
India kini menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes.
Mexico juga mencatat mempunyai angka positif melebihi 100,000 bersama Perancis, Jerman, Peru, Turki, Iran dan Chile.
Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000 namun Kanada, Arab Saudi dan Pakistan melepasi angka jangkitan di China tempat berasalnya virus itu dengan jumlah melebihi 84,000 kes.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#AS
#Brazil
#China
#COVID-19
#India
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan