Arahan perintah berkurung yang dilaksanakan di Thailand turut menjejaskan krew penerbangan yang kini terpaksa mengambil inisiatif lain bagi mencari rezeki.

Oleh kerana syarikat penerbangan tidak beroperasi, lebih 200 kakitangan ambil langkah memulakan perkhidmatan penghantaran di Bangkok.

Beberapa bulan yang lalu, Kritee Youngfuengmont baru sahaja menerbangkan kapal terbang komersial.

Namun pada hari ini, dia terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi penunggang motosikal yang membawa penumpang dan melakukan penghantaran makanan dan barangan.

“Kehidupan ini tidak boleh dijangka. Dan yang tidak dijangka itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh menikmati saaat-saat indah dan dengan sekelip mata sahaja, kita mungkin akan jatuh terduduk.

“Dan apabila itu berlaku, anda perlu memikirkan sama ada untuk hanya berserah atau bangun dan berjuang mencari jalan keluar daripada situasi itu.



Tambahnya, hasil yang diperolehi kira-kira 1,500 Baht atau RM200 setiap hari membolehkannya untuk meneruskan kos kelangsungan hidup seperti biasa ketika ini.

Di Bangkok, kebanyakan penduduk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan bahan mentah bagi mengelakkan keluar daripada kediaman.