awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kajian penawar malaria dihentikan apabila 11 pesakit meninggal dunia

Agensi
Agensi
13/04/2020
22:30 MYT
COVID-19: Kajian penawar malaria dihentikan apabila 11 pesakit meninggal dunia
Penyelidik mengesan degupan jantung tidak sekata pada pesakit yang mengambil dos tinggi selepas tiga hari. -Gambar fail
Saintis di Brazil telah menghentikan sebahagian kajian menggunakan sejenis ubat antimalaria untuk rawatan jangkitan COVID-19 apabila pesakit mengalami komplikasi melibatkan jantung.
Kajian menunjukkan denyutan jantung satu perempat daripada mereka yang diuji mengalami masalah apabila diberi dua dos lebih tinggi dalam rawatan tersebut, lapor AP.
Penyelidik mengesan degupan jantung tidak sekata pada pesakit yang mengambil dos tinggi selepas tiga hari.
Pada hari keenam, 11 pesakit meninggal dunia, menurut laporan penerbitan perubatan dalam talian medRxiv yang dipetik portal berita Independent.
Chloroquine dan sejenis penawar yang serupa dipanggil hydroxychloroquine disyorkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selepas beberapa ujian awal menunjukkan ia dapat membendung koronavirus daripada memasuki sel.
Namun, ubat berkenaan telah lama diketahui mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuk degupan jantung yang boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kajian di Brazil, iaitu di kota Manaus, Amazon mendapati hanya 81 daripada 440 pesakit kronik COVID-19 yang diuji dengan dua dos chloroquine berjaya dirawat dengan cara itu.
Saintis juga menghentikan prosedur berkenaan selepas mendapati satu perempat daripada pesakit yang mengambil 600 miligram ubat berkenaan sebanyak dua kali sehari selama 10 hari mengalami masalah denyutan jantung.
Trend mendapati lebih banyak kematian yang terjadi dalam kelompok itu.
Penyelidik memaklumkan hanya satu peserta sahaja dalam kajian Brazil tidak menunjukkan tanda-tanda virus dalam tisu tekak selepas rawatan.
Hasil dari kajian Brazil itu turut diletakkan di laman web penyelidikan namun belum dirujuk oleh saintis lain.
Antara perkara yang ditekankan di sukar di dalam kajian itu adalah semua pesakit menerima dua antibiotik ceftriaxone dan azithromycin yang boleh memberi kesan sampingan kepada hati.
Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berulang kali mengesyorkan penggunaan gabungan hydroxychloroquine-azithromycin walaupun belum dibuktikan keberkesanannya.
Topic Berkaitan
#AS
#azithromycin
#Brazil
#ceftriaxone
#COVID-19
#Donald Trump
#Hydroxychloroquine
#Jair Bolsonaro
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan