awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai 'mask'

Agensi
Agensi
26/05/2020
05:30 MYT
COVID-19: Kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai 'mask'
Penutup mulut dan hidung boleh mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai saluran udara yang sempit. - Gambar hiasan
KANAK-KANAK berusia bawah dua tahun tidak digalakkan memakai penutup mulut dan hidung kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko tercekik kepada kumpulan tersebut.
Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang serius kepentingan memahami risiko berkenaan.
Menurut persatuan itu, penutup mulut dan hidung boleh mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kanak-kanak berusia bawah dua tahun mempunyai saluran udara yang sempit.
Keadaan tersebut, tegas persatuan itu, boleh meningkatkan beban pada hati mereka selain megundang risiko strok haba kepada kumpulan tersebut.
Justeru, persatuan itu berkata, penggunaan topeng mulut dan hidung perlu dihentikan kepada kanak-kanak berusia bawah dua tahun.
Persatuan itu menambah terdapat beberapa kes serius dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakan mereka dijangkiti COVID-19 daripada ahli keluarga.
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Akademi Pediatrik Amerika turut memaklumkan kanak-kanak bawah usia dua tahun tidak perlu memakai penutup muka.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#CDC Amerika Syarikat
#COVID-19
#Jepun
#Kanak-kanak
#mask
#Penutup mulut dan hidung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan