awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Keluarga diraja Britain ambil langkah berjaga-jaga

Agensi
Agensi
19/03/2020
13:38 MYT
COVID-19: Keluarga diraja Britain ambil langkah berjaga-jaga
Ratu Elizabeth tidak mempunyai masalah kesihatan namun mengambil langkah berjaga-jaga kerana usianya yang lanjut. - REUTERS/Toby Melville
Ratu Elizabeth dilaporkan telah meninggalkan London untuk ke Istana Windsor sebagai satu usaha penjarakan sosial susulan wabak COVID-19.
Istana Buckingham sebelum ini mengumumkan bahawa beberapa acara, termasuk yang bakal berlangsung di Gereja St George, tidak akan diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga.
"Sebagai langkah berjaga-jaga dalam situasi ketika ini, beberapa perubahan dibuat dalam jadual Ratu.
"Baginda akan berpindah ke Istana Windsor Khamis, 19 Mac, seminggu lebih awal dari yang dirancang," kenyataan itu menyebut.
Tetamu yang sebelum ini dijemput menghadiri beberapa acara yang kebiasaannya akan berlangsung pada bulan Mei, sebaliknya akan dijemput ke acara sama yang berlangsung pada tahun hadapan.
Kesihatan Ratu Elizabeth dilaporkan berada dalam keadaan baik, tetapi usia baginda menjangkau 94 tahun bulan depan membuat langkah berjaga-jaga terpaksa diambil.
Putera Harry sebelum ini dikatakan telah mengambil langkah berjaga-jaga selepas dia bertemu dengan seorang kontak pesakit COVID-19, namun tidak diketahui sama ada beliau dan isteri telah menjalani kuarantin atau pemeriksaan perubatan.
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID -19
#koronavirus
#London
#perubatan
#Ratu Elizabeth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan