Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Kematian keempat dicatatkan di Singapura

COVID-19: Kematian keempat dicatatkan di Singapura
Mangsa keempat maut akibat COVID-19 di republik itu adalah pemegang Pas Pekerja Singapura.
SINGAPURA: Singapura mencatatkan kematian keempat akibat jangkitan COVID-19 melibatkan seorang lelaki Indonesia berusia 68 tahun.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pesakit berkenaan meninggal dunia pada pukul 6.43 pagi Khamis selepas tujuh hari dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian itu menyatakan, lelaki berkenaan yang mempunyai sejarah diabetis dan darah tinggi, menerima rawatan di ICU sejak 26 Mac.

Pesakit itu dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada 22 Mac dan disahkan positif jangkitan virus itu pada hari yang sama.
Pemegang Pas Pekerja Singapura itu telah berada di Indonesia dari 20 Januari hingga 16 Mac.

Setakat tengah hari Rabu, Singapura mencatatkan sebanyak 1,000 kes positif COVID-19 dan 245 orang pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.- BERNAMA


Tag: Singapura, covid-19, koronavirus, kematian, lelaki indonesia, Unit Rawatan Rapi, ICU, Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan NCID



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.