awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

COVID-19: Kes baharu di Victoria catat penurunan dengan 182 kes baharu

Agensi
Agensi
22/08/2020
11:47 MYT
COVID-19: Kes baharu di Victoria catat penurunan dengan 182 kes baharu
Ini merupakan hari kedua berturut-turut wilayah tersebut mencatatkan kes baharu dibawah 200 kes. - Foto REUTERS
Kes baharu positif COVID-19 di wilayah Victoria, Australia mencatatkan penurunan pada Sabtu dengan 182 kes baharu termasuk 13 kematian.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut wilayah tersebut mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes.
Hanya 24 kes baharu yang dicatatkan tanpa sumber yang dikenal pasti, berbanding ratusan kes tanpa sumber yang direkodkan pada awal Ogos lalu.
Susulan kenaikan kes wilayah tersebut, Melbourne bandar kedua terbesar di wilayah tersebut dikenakan perintah berkurung sejak awal Ogos lalu.
Perintah berkurung tersebut akan dilaksanakan sehingga 13 September depan.
Sementara itu, penularan yang berkaitan dengan sebuah pusat tahanan di Queensland telah menyebabkan Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk melaksanakan semula sekatan terhadap perhimpunan awam.
"Perkara pertama yang kami sampaikan adalah sekatan dikenakan semula serta-merta. Aktiviti berkumpul kini dikurangkan kepada 10 orang satu masa.
"Aktiviti berkumpul di luar juga dikurangkan kepada 10 orang satu masa," katanya.
Kluster berkaitan Pusat Tahanan Belia Brisbane kini merekodkan tujuh kes termasuk enam kes baharu pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Annastacia Palaszczuk
#Australia
#COVID-19
#kes positif
#Melbourne
#perhimpunan
#Queensland
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.