DUNIA
COVID-19: Kes import di Myanmar meningkat

Pekerja menyembur cecair pembasmi kuman di sebatang jalan di Yangon, Myanmar, 25 Mac, 2020. (Foto AP)
Dua lagi kes COVID-19 import dilaporkan di Myanmar pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan lima kes, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Sukan dan Kesihatan.
Kes baharu disahkan itu membabitkan warga Amerika lahir di Myanmar berusia 33 tahun, tinggal di Mandalay. Beliau tiba dari Amerika Syarikat pada 19 Mac.
Seorang lagi, warga Myanmar berusia 69 tahun tiba di Yangon pada 14 Mac selepas menetap sebulan di Australia dan empat hari di Singapura.
Sampel mereka akan dihantar ke makmal Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk pengesahan, menurut kenyataan kementerian itu.
Kementerian sedang mengesan kontak pesakit.
Kesemua lima kes membabitkan mereka yang baharu pulang dari luar negara dan tiada kes tempatan dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami