awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes meningkat, Okinawa diisytihar darurat

Agensi
Agensi
01/08/2020
22:00 MYT
COVID-19: Kes meningkat, Okinawa diisytihar darurat
Okinawa merekodkan 71 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes 395. - Gambar fail
WILAYAH Okinawa yang menjadi destinasi pelancongan popular di Jepun terpaksa diisytihar darurat negeri berikutan penularan mendadak kes jangkitan COVID-19.
Tempoh darurat itu berkuatkuasa bermula Sabtu hingga 15 Ogos sementara semua restoran hanya dibenarkan beroperasi dari jam 5 petang hingga 10 malam sahaja.
Justeru, orang ramai di pulau berkenaan diminta duduk di rumah untuk tempoh dua minggu.
Gabenornya, Denny Tamaki, mahu penduduk mengelak daripada keluar rumah jika tiada urusan penting.
"Kita lihat lonjakan penularan jangkitan. Kita isytihar darurat negeri sehingga 15 Ogos," katanya kepada pemberita sambil menambah situasi di hospital terlalu sibuk berikutan berlaku lonjakan kes.
Okinawa merekodkan 71 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes 395.
Menurut pihak berkuasa tempatan, tentera Amerika Syarikat menyumbang sebanyak 248 kes sehingga ia menimbulkan ketegangan dengan pegawai tempatan.
Dianggarkan terdapat kira-kira 20,000 tentera laut Amerika di Okinawa, bersama dengan ribuan lagi tentera dari perkhidmatan ketenteraan Amerika yang lain.
Darurat di Okinawa menyaksikan Tokyo mengumumkan restoran, bar dan pusat karaoke ditutup pada jam 10 malam bermula 3 Ogos sehingga hujung bulan selepas angka kes harian mencecah rekod baharu.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, berkata ibu kota Jepun akan mengeluarkan darurat negeri jika kes terus berlanjutan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#darurat
#Hospital
#Jepun
#koronavirus
#Okinawa
#pelancongan
#restoran
#rumah
#tentera
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan